RUMAH TRADISIONAL KEDAH

Rumah-rumah tradisional lama mempunyai ukiran-ukiran. gambaran ketinggian mutu seni orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, figura dan berkisar kepada kehidupan.

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka, begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahu pun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa. Kedah Darul Aman kaya dengan struktur unik seperti ini.


Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.


 Setiap ruang rumah mempunyai fungsinya tersendiri yang amat berbeza dengan ciri kediaman masa kini yang mempunyai lebih banyak ruang peribadi seperti bilik khas. Rumah zaman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan langsir dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung beranda dan pelantar.


This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola